LeShana.
Cara tradisional. Tak perlu produk2 k.

Thursday, October 10, 2013 @ 9:42 PM | 0 Comment [s]

:: Cuci muka ::
1. Cuci muka 2-3 kali sehari(pastikan basuh tangan tu dulu erk). Jangan cuci muka berlebihan sebab takut kulit kering then berjerawat. Cuci muka di kawasan T-zone dulu (kawasan minyak). Jangan basuh muka menggunakan pencuci muka pada waktu subuh, basuh menggunakan air suam atau biasa..bukan apa, takut hilang seri muka mu (kan pagi2 natural beauty hang keluar). Pastikan anda bersihkan make-up guna make-up remover dulu supaya tak ada sisa2 make up yang tertinggal. then jangan lupa pakai toner ok. untuk mengecilkan liang-liang pori dekat muka . Dah siap, pakai pelembab untuk mengelakkan muka menjadi kering. 


---------------------------------------------------------------------
:: Petua Tradisional & Moden untuk cuci muka ::
---------------------------------------------------------------------

 Air basuhan beras (menghilang parut dan jerawat)
▶ kulit serius ⇨ cuci muka dengan basuhan beras yang first.
▶ kulit biasa cuci muka guna air basuhan beras yang kedua ok? 

Kacang Hijau (buat pencuci muka sendiri)
▶ Ambil kacang hijau basuh bersih2 ⇨ tos sampai kering  kisar sampai halus ambil sikit kacang hijau yang dah di blend tu ⇨ basahkan guna air sikit  tonyoh kat muka macam pakai pencuci biasa
▶ simpan dalam bekas kedap udara
▶ pakai sebelum tidur
▶ buat scrub pun boleh, tunggu sampai 15 minit.Lepastu bilas.
 
Susu tepung ( memutihkan muka + kecutkan jerawat + kulit gebu + flawless)
▶ kasi bancuh susu tu pekat2  tempek kat muka  15 minit ⇨ bila

Oatmeal ( kurangkan redness+ irration+dryness+muka licin)
▶ Ambil sedikit oatmeal letak dalam bekas  bubuh air suam sikit je  hancurkan oat (pastikan tak cair k?)  tunggu beberapa minit  bilas
▶ 3 kali seminggu tau. 

Garam (hilangkan kekotaran tebal+kulit berminyak)
▶ Ambil 1sudu garam+1sudu minyak zaitun dalam mangkuk kecil  gaulkan sehingga sebati  sapu lembut2 kat muka/leher  cuci guna pencuci muka kita  basuh bersih .
▶ campurkan 1sudu garam dengan air panas  masukkan dalam spray kecil  spray kat muka (tutup mata, pedih kang)  tepuk2 muka bagi air garamnya tu kering.
 
Madu (jerawat+bintik hitam)
▶ 1gelas air suam+2sudu besar madu  gaul rata  sapu kat muka sampai rata  biar 20 minit  basuh dengan air suam lepas tu guna air sejuk. Amalkan minum madu 2 sudu besar 3 kali sehari sebelum makan. 
▶ Cuci muka dengan air hangat  sapu kat muka dari lapisan nipis ke lapisan lebih tebal ( boleh panaskan madu nie 10 saat)  biar 15 minit  bersihkan guna tuala basah sehingga betul2 bersih !  2 atau 3 kali seminggu.
----------------------------------------------------------------------
:: Petua-petua lain untuk muka dan badan ::
-----------------------------------------------------------------------

 Kulit muka licin 
1. Ambil tepung pulut  campur air sikit  sapu kat muka sebelum tidur 
2. Asah Jambu batu+kemenyan  campur air sikit (pastikan pekat)  sapu kat muka  biar 30 minit  basuh sampai bersih. Juga boleh menghilangkan parut jerawat. 
3. Cairkan susu manis dengan air panas  guna kapas dan sapu rata kat muka  dah kering, bilas.
4. Ambil daun pegaga  tumbuk sampai hancur  campur dengan bedak sejuk  gaul sebati  sapu pada muka sebelum tidur. 
5. Kisar kulit telur yang sudah dibersihkan sampai halu macam debu  bancuh dengan bedak sejuk+air suam  sapu kat muka sambil urut muka pelahan2  basuh ! done. hehe
6. Ambil Putih telur  sapu kat muka sampai kering. Tak pun boleh beli mask kosong  celup dalam telur putih  pakai kat muka. 
7. Lidah buaya  ambil lendirnya  sapu kat muka  biar kering  basuh guna air suam
8.  Masa ambil air wudhuk   tadah kedua tapak tangan  baca selawat Nabi 3kali sapukan ke muka  sambil niat dalam hati di'indahkan muka macam Nabi Yusuf. (jangan lap, biarkan ia kering sendiri..kalau nak lap jugak korang lap biasa2 je, jangan sampai kering terus)
9. Ambil serbuk teh yang dah digunakan (dalam uncang tu haa) gosokkan pada muka biar 3 minit cuci dengan air suam
10. Kisar 2 biji tomato ⇨ campur gula dengan air tapis & minum air setiap pagi
11. Sapukan yogurt asli pada muka (macam pakai masker) biar kering 10 minit cuci dengan air bersih
3 kali seminggu
 Nyahkan Jerawat ♠
1. Sapu colgate pada jerawat  biar sampai kering  basuh.
2. Tonyoh jerawat guna bawang putih (tapi sakit sikit la).
3. Asam jawa+sedikit kunyit hidup  tumbuk kunyit dan campur dengan asam jawa hingga sebati  sapu rata pada seluruh muka  biarkan selama 20 minit  basuh bersih. Kalau amalkan selalu, anak2 jerawat pun tak sanggup nak membesar kat muka awak ! hee, kata nya lah. 
4. Campur air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak   sapu rata pada seluruh muka ( pedihnya sementara)  Ambil dan rendam asam keping dalam air panas  Dah sejuk/suam , ambil asam dan gosokkan pada muka ( kuatkan gosokkan pada tempat yang berparut)  biar beberapa minit  basuh sampai bersih. 
5. Bersihkan muka dengar air kelapa tua   biar kering  basuh sampai bersih ( amalkan 3 kali seminggu).
6. Ambil tepung sagu   campur air suam ( jangan pekat or cair sangat)  sapu macam pakai bedak sejuk sebelum tidur  esok basuh dengan air suam  amalkan setiap malam sampai jerawat hilang.
7. Tonyoh dengan ais batu sambil selawat ke atas Nabi.
8. Ambil air liur waktu baru bangun tidur  sapu pada jerawat  biar sampai kering.

 Hilangkan Parut Jerawat 
1. Bedak sejuk  sapu tiap2 malam ( depends jugak dekat bedak sejuk yang korang pakai).
2. Sapu ubat gigi kat parut pun boleh jugak kata nya. Buat setiap hari.
3. Ambil asam jawa campur dengan air ( jangan cair sangat) sapu kat parut sebelum tidur esoknya jangan lupa basuh.
4. Tumbuk kayu manis sampai jadi serbuk (kalau malas boleh beli serbuk kayu manis kat kedai) bancuh dengan bedak sejuk sapu pada parut buat selalu kalau nak cepat hilang. (boleh pakai dengan madu jugak) Tapi kalau kulit korang merah2 lepas pakai nie, better jangan teruskan tau, takut makin teruk.
5. Guna fair&lovely ! 2-3 kali sehari. Kalau rajin inshaALLAH hilang.
6. Ronasutra mineral powder. Produk nie memang terbaik! boleh hilangkan jerawat+parut dan buat muka jadi lebih putih. pakai time tidur pun tak ada effect. Then rasa ringan je muka, macam 
 
 Hilangkan Bintik Hitam 
1. Ubat gigi pun boleh jugak  biar sampai kering  cuci bersih.
2. Sapukan madu pada tempat binti hitam  biar kering  cuci bersih.
3. Celup kapas dalam susu segar  sapu pada bintik hitam  buat sebelum tidur  amalkan sampai hilang.
4. Bersihkan muka lumatkan 1helai daun nangka yang agak tua dengan air sikit sapu dekat muka lepas kering basuh dengan air suam.
5. Campukan beras pulut+kayu manis goreng tanpa minyak sampai kekuningan kisar & gosok pada muka 2 kali seminggu.

Melembapkan Kulit ♠
1. Ambil beberapa kelompak kobis tumbuk sampai lumat campurkan kobis yang da lumat dengan madu
  jadikan masker pada muka biarkan 30 minit basuh sampai bersih ⇨ amalkan setiap hari
2. Ambil tembikai yang dah masak & sejuk perah untuk dapatkan jusnya tapis jus pupuk pelahan-lahan hampas tembikai diseluruh muka biarkan sampai kering basuh dengan air sejuk.
3.Ambil 2 biji anggur lenyek sampai keluar air celup air tadi dengan kapas dan sapu pada muka biar sampai kering basuh bersih.
4. Bersihkan muka dengan air suam panaskan madu sampai suam-suam kuku sapu pada muka dan urut perlahan biar 30 minit bersihka
 
♠ Hilangkan Kulit Berminyak ♠
1. Parut epal sampai halus sapu pada muka biar 15 minit cuci dengan air suam  3kali seminggu.
2. Ramas daun sirih dalam cawan air sapukan air ramasan pada muka biar 15 minit bilas dengan air suam 3kali seminggu berturut-turut.
3. Campurkan tepung dal dan pati susu ⇨ sapu pada muka dah kering bilas dengan air bersih. 
4. Campur sedikit madu lebah dengan asam gelugur (kalau tak ada, air limau parut pun boleh) sapukan campuran ke seluruh muka bilas dengan air bersih kalau dah kering. 

♠ Putihkan Kulit 
1. Bersihkan muka dari kekotoran lap muka dengan tisu basah or tuala lembut (bersih) campur 1 sudu gula pasir or gula perang dengan pencuci muka anda sapukan campuran pada muka dan urut lembut secara membulat selama 10 minit biarkan selama 20 minit bilas muka untuk hilangkan sisa gula bilas lagi sekali dengan air sejuk (untuk tutup pori yang terbuka) 1minggu sekali.
2. Ambil ½ kg kopi tumbuk halus campurkan dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang (kacau rata)
sapukan pada seluruh muka dan badan sambil gosok lembut biar 1 jam bilas dengan air bercampur garam lepas itu mandi macam biasa 1minggu sekali.
3. Ambil air nasi yang ditanak (sebelum kering) sebanyak 2 sudu sapu pada muka masa air nasi itu tengah suam tunggu kering dan bilas.
4. Ambil 1 biji timun dan buang kulit nya ⇨ 'blend' timun dan tapis hasil tapisan itu sapu pada kulit biar 30 minit atau buat sebelum tidur
5. Ambil 1 biji kentang (buang kulit) campur dengan kuning telur sapu pada muka bila dah kering, bilas dengan air suam.
 
 




Older PostNewer Post
Le Princess♥

Shana | Seventeen






Le HeartBeats♥






Mine♥

Daisypath Anniversary tickers





Inspired♥

This song really inspired me a lot. It teaches me to always fight for what we want. Show 'them' that we're never going to give up on anything and keep on trying until we're a hero of ourselves♥



Status
SPM CANDIDATES♥ (2013)
Ya Allah, Engkau permudahkan lah ujian yang bakal hambaMu ini hadapi nanti. Aminn!◕‿◕